12 April 2012
Thursday, April 12, 2012 | 8:21 AM | 0 comments
Perjalanan sesebuah kehidupan, ada pasang surut. Ada susah senang. Ada atas bawah. And now tiba masanya aku berada di bawah. Kadang kadang Allah mencuit kita dengan 'permainannya' untuk mendengar rintihan hati kita. Kadang-kadang Allah mencuit kita dengan 'permainannya' sebelum 'bermain-main' dengan kita di syurga sana.
Hidup aku yang dulu bahagia mula goyah. Kebahagiaan yang sudah setahun aku kecapi mula hilang sedikit demi sedikit. Menyesal aku kerana meletakkan dia sebagai tempat aku bergantung hidup dan bukannya Allah tempat aku bergantung. Sekarang, bila hati aku disakiti, aku mula rapuh dan sukar berdiri kembali.
Kerap aku menangis meratapi nasib diri, apa salah aku? Apa dosa aku? Sudah tentu aku berduka bila hubungan yang sudah setahun terbina mula retak. Kasih sayang yang sudah setahun kita bina mula pudar. Jujur aku katakan, aku ingin menjadi 'sahabat' kau hingga ke syurga, tapi semua sudah berakhir.
Kini aku lemah, sahabat yang selama ini sentiasa ada disisi aku, sahabat yang selama ini mengambil berat terhadap aku, sahabat yang selama ini menghiburkan hari hari aku sudah hilang. Inilah yang dikatakan orang, jodoh Allah. Kita hanya mampu merancang dah Allah menentukan.
Harini sudah beberapa kali aku menangis. Bila aku terbaca status BBM kau, airmata aku jatuh. Aku bukan menangis kekecewaan, cuma menangis menumpang gembira. Alhamdulillah, kau dah jumpa orang baru. Aku turut berbahagia untuk kau wahai sahabat :-) Dan selepas ini aku berjanji aku tidak akan kacau kau lagi.
Bohong kalau aku cakap aku tidak sedih, aku sedih. Tapi itu semua dah takda makna. Yang penting sekarang engkau sudah bahagia. Aku lepaskan kau sepenuhnya. Aku redha Allah menarik kau dari hidup aku. Mungkin semalam kau dah baca apa yang aku kau suruh baca kan? Tunaikan lah janji yang aku minta. Aku mohon, tunaikanlah janji tu.
Dear boy, I wish you all the best with the girl who took my place.
Take a good care of her.
Aku sentiasa mendoakan kau dari jauh.
Aku sentiasa menyayangi kau dari jauh.
#Aida