Photobucket
AIDA'S
Janji Pada Diri.
Friday, April 27, 2012 | 1:33 AM | 0 comments


Mana janjimu pada diri?
Bahawa kau tak akan menangis lagi?

Mana janjimu pada hati?
Bahawa kau tak akan menyesali dan mengingatinya lagi?

Begitu payah,
Kau ukir sebuah janji pada hatimu sendiri,
Begitu payah,
Kau bina tembok memagari rasa yang mencemari hati.

Mana janjimu,
Bahawa kau akan rela dan redha?

Mana pergi sebuah keyakinan,
Bahawa ketentuan DIA itu lebih baik dan sentiasa baik,
Melebihi apa yang kau mohon, 
Apa yang kau pinta, 
Apatah lagi sekadar apa yang kau rasa?

Mana pergi sebuah janji,
Yang kau bina lewat sepi dalam hari-harimu?

Mana pergi sebuah kepercayaan,
Bahawa jodoh dan pertemuan adalah suatu ketetapan,
Yang tidak akan ada kesilapan?

Mana pergi sebuah janji,
Bahawa kau akan berbahagia,
Dengan semua aturan Ilahi?

Mana pergi harapan,
Untuk melihat dia berbahagia, dan engkau pun redha?

Mana pergi janji,
Bahawa air matamu malam itu,
Adalah yang terakhir,
Bahawa rindumu malam itu ada yang penamat?

Mana pergi janji,
Bahawa untuk melihat dia bahagia,
Kau pun akan berbahagia?

Ya Allah, aku redha.
Bawalah dia pergi dari hidupku. 
Maafkan aku kerana belum berjaya menunaikan janji untuk diri aku sendiri.


Older Post | Newer Post
THE QUEEN
IMG_5258-1
Just because you've failed once, it doesn't mean you're going to fail at everything. Keep trying
Tumblr ­­| Twittergh | Facebook

Heartbeat ♥
th
Dear Girlfriends,
Please stay in my life forever because you're one of the best things to ever happen to me
Loves,me.

Credit
Template by : Jaja
Background by : FPA

Navigations Here

About Affies Entries